Indahnya kejadian wanita...WANITA DAN AIRMATA..
Buat pertama kali nya aku menulis di sini..MENGAPA???..aku sendiri tak tahu kenapa..mungkin disebabkan tajuknya WANITA..aku sedikit teruja untuk memberikan pendapat..
Sebut sahaja WANITA DAN AIRMATA..aku sendiri tidak dapat memahami diri aku sebagai seorang wanita..Kadangkala aku akn menangis sepanjang malam disebabkan perkara2 lama yang sudah berlalu..mengenangkan dosa yang dilakukan...
Kadangkala pula, hal yang begitu sedih berlaku..aku langsung tidak menangis..!!!
MENGAPA???
Adakah jika wanita menangis di hadapan org membuktikan bahawa wanita itu mengundang simpati orang???
Seseorang pernah brtanya kpd aku..MENGAPA WANITA SUKA MENANGIS??..
die tidak mengerti..sikit2 menangis, dimarah sikit menangis, diberi hadiah menangis, berlaku hal sikit nangis,
Dan jawapan yang aku berikan ialah..kamu tidak mengerti dan tidak akn pernah mengerti..
Dan sememangnya lelaki tidak akn memahami perkara ini kerana wanita sendiri tidak memahami mengapa mereka perlu menangis..
Kecantikkan wanita bukan la dari pakaian yang dieknakan, susuk tubuh yang ditampilkan, atau bagaimana dia menyisih rambutnya..TAPI..
"kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada...."
APABILA DITINGGALKAN KEKASIHNYA...wanita itu menangis kerana cintanya telah didusta..die menangis kerana hati kekasihnya telah berubah..die menangis kerana cintanya yang ikhlas telah dipermainkan..
APABILA SUAMINYA DILANDA MUSIBAH...wanita itu menangis di dalam hatinya, tidak didepan suaminya kerana hatinya pilu melihat kemurungan suami dan hatinya luka kerana suami perlu berkerja keras demi keluarga..
APABILA IBU DAN AYAHNYA MENYAMBUT PANGGILAN ILLAHI..semua wanita akn mengalirkan airmata..bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan, malah bertahun lamanya..ibu dan ayah merupakan hubungan istimewa yang Allah ciptakan...
APABILA DIRINYA DIIJAB KABUL...wanita itu menangis kerana dirinya akn meninggalkan iu bapanya..Dia menangis kerana dirinya akn diserahkan kepada lelaki yang dicintainya..Dan masa depannya belum diketahui lagi..
Airmata wanita melambangkan perasaannya..apabila die menangis, itulah perasaanya yang ikhlas tatkala itu..AIRMATA TIDAK BERBOHONG WAHAI KAUM ADAM..seorang wanita tidak akn menangis jika hatinya tidak terluka atau tersentuh dalam sesuatu hal..Airmata akan berguguran seiring dengan perasaannya..
Titisan airmata wanita itu melambangkan KEIKHLASAN, KEJUJURAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN, KEPASRAHAN, KETAKUTAN, KECURANGAN, PENDUSTAAN, KEPRCAYAAN, KESETIAAN, KEKUATAN dan KESUCIAN..
MENGAPA HARUS ADA AIRMATA???..
semua wanita menangis tanpa ade alasan yang munasabah..Setelah puas aku fikir, sedikit demi sedikit mulai aku fahami, sebenarnya AIRMATA WANITA ADALAH AIRMATA KEHIDUPAN..
AIRMATA KEKUATAN..untuk melahirkan bayi dari rahimnya..Airmata kehangatan bagi bayi dalam dakapan lembutnya. Airmata yang peka dan kasih untuk mencintai dan merawat untuk anak dan keluarga, dalam keadaan ape pun, dan dalam situasi bagaimanapun, walau letih, walau walau sakit, walau lelah tanpa mengeluh. Padahal tak jarang orang2 yang dicintai itu menyakiti perasaan dan melukai hatinya..
AIRMATA KETABAHAN..atas kesederhanaan hidup namun tidak membuatnya asing dalam pergaulan. Apalagi sampai mengurangi suruhannya terhadap Allah. Airmata ketegaran, saat rumahtangga melewati masa-masa pancaroba, atau hampir karam oleh badai cubaan. Seperti tangisan bahagia Khansa' atas wafatnya suami dan tiga putera tercinta di medan jihad, syahid demi membela kekasih sejati: Muhammad S.A.W. Itulah airmata keperkasaan, pantang menyerah saat melalui masa-masa sulit. Kesusahan dan ujian itu membentuk keperibadian yang kuat dan teguh..
AIRMATA KESUCIAN..sebagaimana tangisan Aisyah r.a ketika ditidih berselingkuh oleh kaum munafik. Sehingga menimbulkan percakapan negatif dikalangan umat islam bahkan Rasul pun hampir terpengaruh. Tapi Allah maha mengetahui. Airmata kesucian itu di kukuhkan kebenaran oleh Al-Quran.
AIRMATA yang bersumber dari mata air kehalusan perasaan ketika bersentuhan dengan hal-hal yang mengusik hati nurani. Tangisannya bukan keran kelemahan tapi menunjukkan betapa halus dan lembutnya perasaan yang ia miliki. Wanita berfikir dengan hati dan merasa dengan fikirannya.
Sesungguhnya WANITA DAN AIRMATA memang tidak dapat dipisahkan..
tetapi wahai kaum hawa, menangis la utk perkara yang membawa kepada kebaikan kpdmu, janganlah menangis kpd perkara yang akn menambahkan lagi kedukaanmu..menangislah jika rasa ingin menangis..walu seteguh mana pun jiwa mu itu, airmata akan tetap menjadi temanmu samada di depan sahabat, keluarga atau di belakang mereka..AIRMATA mu pasti akn berjujuran jua..


















