Followers

Tuesday, January 10, 2012

Beruntunglah Dikau Wahai Lelaki Soleh

Setiap lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar didunia..
Memimpin wanita menuju ke syurga...
Namun sedarkah anda lelaki soleh mempunyai ganjaran yang sangat besar di syurga kelak...
Ganjaran yang tiada tolok banding kenikmatannya...
Sekiranya anda mengamalkan "Ammar Ma'ruf Nahi Mungkar"

Maka berbahagialah wahai lelaki soleh...
Bidadari syurga menanti anda...
Sebagai isteri di syurga...



Wahai lelaki soleh, tidakkah anda sedar Bidadari syurga itu :-

  • Matanya bak jeli laksana permata yang tersimpan baik tidak terusik.
  • Kulitnya putih seakan-akan telur burung unta yang tertanam elok didalam pasir tidak ternoda.
  • Usianya sentiasa remaja tidak tua makan dek usia.
  • Sekiranya anda memeluk bidadari tersebut anda akan dapat melihat wajah anda sendiri di pipi bidadari tersebut yang lebih bersih dari cermin.
  • Bidadari ini juga suci lagi menyucikan.Mereka tidak ada tempoh "cuti" atau "period'.
  • Dalam diri mereka penuh dengan cinta dan kasih sayang hanya untuk anda wahai lelaki soleh.
  • Mereka hanya membuaikan ucapan cinta yang tidak anda dengari di mana-mana.
  • Penglihatan mereka terjaga hanya untuk melihat anda. Tidak ada lelaki lain yang pernah melihat mereka selain anda.
  • Mereka sentiasa menundukkan pandangan mereka yang hanya khas untuk anda.
  • Wanginya tubuh sang bidadari ibarat, sekiranya mereka menampakkan diri ke bumi nescaya antara bumi dan langit dipenuhi bau wangian dari tubuhnya.
  • Andai mereka mengeluarkan tapak tangannya diantara langit dan bumi, nescaya semua makhluk terpesona dengan keindahannya.
  • Sekiranya wajahnya pula ditunjukkan maka kecantikannya akan menerangi antara langit dan bumi.
  • Selagi mereka tidak berjumpa dengan anda, mereka akan sentiasa mendoakan anda semasa anda di dunia.
"Ya Allah tolonglah dia dalam menjalankan agama, hadapkan dia dengan hatinya untuk taat kepadaMudan sampaikan dia kepada kami, demi kemuliaanMu wahai Tuhan yang penyayang di antara semua orang yang penyayang"


Subhanallah, Ya Allah indahnya ciptaanMu untuk lelaki soleh..

"Tahukah anda wahai lelaki soleh, jumlah bidadari yang diciptakan untuk seorang lelaki soleh sekurang-kurangnya dua orang bidadari sebagai isteri." (HR Bukhari 6/230,232 dan Muslim 2834)...

Ada juga yang menyatakan jumlahnya mencecah 72 orang setiap lelaki soleh..

"Wahai lelaki soleh, ingatlah ingatlah di syurga anda akan di layan sekurang-kurangnya 80,000 orang pelayan dan 72 orang isteri." (Hadith Abu Sa'id Al-Khudri r.a)

Sekiranya isteri anda di dunia tidak patuh pada arahan anda setelah anda mendidiknya dengan baik maka, isteri anda di syurga mendoakan kecelakaan isteri anda di dunia tersebut..

Tidakkah anda mahu bidadari syurga seperti itu yang dicipta khas untuk anda...

Kenikmatan yang anda miliki di syurga tidak akan sama kenikmatan didunia bersama isteri anda..

Malah lebih hebat lagi kenikmatannya bersama isteri anda di syurga kelak..

Berusaha lah lelaki untuk menjadi lelaki SOLEH..

Kerana anda perlu berjumpa dengan isteri anda sang Bidadari Syurga yang ALLAH ciptakan khas untukmu..

Sesungguhnya cemburunya wanita dunia dengan Bidadari Syurga yang lebih sempurna untuk anda..



1 comment:

KAIZEN said...

salam kenal ya
jika berkenan follow balik ya..
makasih....